"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"

"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"

PIBG


Kata Aluan Yang Dipertua PIBG 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Hjh.Halimah , Pengetua Smk.Tmn Selesa Jaya 2  dan Unit ICT (webmaster) Smk.Tmn Selesa Jaya 2 kerana  berjaya membangunkan  portal rasmi laman web sekolah. Semoga ianya akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan  sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.Kini, arus teknologi maklumat telah menjadikan komputer dan internet  serasi dengan pelbagai urusan harian yang boleh dilakukan secara elektronik. Pemindahan maklumat secara elektronik dan globalisasi telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada dunia pendidikan. Sehubungan ini, sekolah dan warga sekolah juga mesti berubah selaras dengan gelombang kemajuan.
Para pendidik harus bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Ianya selaras dengan kehendak profesion. Para pendidik juga perlu gigih, kreatif dan inovatif serta mempunyai daya tahan bagi menghadapi cabaran dan ketidakpastian dalam dunia siber dan demi melahirkan anak didik yang cemerlang mengikut arus kemajuan pendidikan.
Oleh yang demikian, saya  berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di SMKTSJ2 berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah.
Saya juga berharap semoga semua pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Mudah-mudahan dengan adanya laman web ini, warga sekolah, pelajar dan ibu bapa akan sentiasa mendapat maklumat yang terkini. Manfaatkanlah laman sesawang ini.  
Selamat maju jaya..

'SEKOLAH GEMILANG,GURU TERBILANG,PELAJAR CEMERLANG'