UNTUK MAKLUMAN SEMUA

Kepada semua guru dan pelajar Smk.Tmn Selesa Jaya 2,unit ict sekolah telah memuatnaik nota dan video yang terbaru di laman web e-learning.Diharapkan,ia akan menjadi sumber rujukan kedua selepas berakhirnya sesi p&p di sekolah.
Klik disini untuk ke laman e-learning.
Sekian...

PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

Merujuk perkara diatas,adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke program diploma vokasional malaysia telah dibuka sejak 13 mei 2013 dan akan berakhir pada 29 mei 2013.Oleh itu,pelajar tingkatan 4 yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman web seperti berikut :
http://apps.moe.gov.my/esptv/ILP_2013/

Sebarang pertanyaan,boleh berjumpa guru bimbingan dan kaunseling sekolah.

 Berita ini ditulis oleh : Pn.Hjh Rosilah | Kaunselor

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


BENGKEL EASY MATHS BAGI GURU-GURU MATEMATIK TAMBAHAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Panitia Matematik Tambahan daerah Johor Bahru akan mengadakan bengkel berkenaan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Mei 2013
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Hadibah binti Harun di talian 012-7071867.

Sekian, terima kasih.

Bengkel Easy Maths - klik utk muat turun

Tindakan : GK.Sains & Matematik

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : Mustafa Bin Mastri | PK.Pentadbiran

UTILITI EMiS

Adalah dimaklumkan bahawa BPPDP KPM telah menghasilkan utiliti baru untuk kegunaan Guru Data Maklumat di sekolah. Namun, fungsi penyemakan ralat secara luar talian menggunakan utiliti tersebut telah di mansuhkan kerana, ralat boleh disemak secara atas talian.

Demi memantapkan lagi pengurusan data EMiS, Sektor Pengurusan Maklumat JPN Johor dengan kerjasama semua PPD di Johor telah membina sebuah utiliti untuk kegunaan Guru Data Maklumat dalam memastikan kesahan data di peringkat sekolah.


PENGUMPULAN DATA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2012(TOV) DAERAH JOHOR BAHRU


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mohon kerjasama  Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang mengendalikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) untuk menghantar data TOV SPM 2013(Peperiksaan Akhir Tahun 2012 Tingkatan 4) menggunakan aplikasi SAP45 Modified SAPS(Sila rujuk manual) untuk kegunaan Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor bagi tujuan headcount peringkat negeri.

Pengurusan 1Bestarinet Sekolah


Dimaklumkan bahawa sebilangan besar sekolah di daerah Johor bahru telah menerima perkhidmatan 1Bestarinet.
Bagaimanapun hasil dari tinjauan secara rambang pihak PPD Johor Bahru dan hasil dapatan dari Audit Dalamn KPM kebanyakan sekolah tidak melaksanakan pengurusan 1Bestarinet dengan cara yang betul.
Disini saya menyarankan pihak sekolah agar mengambil tindakan berikut dengan kadar segera:
1.Menyediakan Fail Khas pengurusan 1Bestarinet.
2.Menyediakan Buku Log Aduan berkaitan Capaian Internet dan CPE
Zoom.
3.Menyediakan Buku Log Pergerakan Dongle Yes
Semua aduan ke Helpdesk YTL 0187998787 dan email:  moe.support@ytlcomms.my
Dapatkan no tiket aduan setiap kali membuat aduan ke Helpdesk.