"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"

"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"

KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa ICT SMK.Taman Selesa Jaya 2 kerana berusaha untuk menyiapkan portal rasmi laman web ini.Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari laman web rasmi SMK.Taman Selesa Jaya 2.Selaras dengan perkembangan ICT dalam bidang pendidikan, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi setiap sekolah untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat terkini kepada setiap warga sekolah dan para ibu bapa dengan cara yang paling pantas. 
Atas kesedaran ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bagi meyediakan sebuah laman web supaya sebarang informasi terkini dapat disampaikan dan sebarang makum balas terhadap pelbagai perkara yang dapat meningkatkan mutu sekolah dapat diterima.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar dapat memanfaatkan penggunaan laman web ini bagi meneruskan lagi kerjasama dalam menyumbang idea, tenaga dan kepakaran yang boleh diterapkan dalam jentera kerja SMK.Taman Selesa Jaya 2 agar visi dan misi yang direncanakan menjadi kenyataan.
Semoga SMK.Taman Selesa Jaya 2 akan berjaya menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan dan seterusnya peringkat antarabangsa.

Saya yang menjalankan amanah,
Ahmad Bin Yusop
Pengetua
Smk.Tmn.Selesa Jaya 2