"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"

"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"

Friday, 21 February 2020

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  •  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  • Komitmen komuniti yang padu 
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah. 
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 

WATIKAH PERLANTIKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

Pada 12 Februari 2020 (Rabu), Cikgu Ahmad bin Yusop, pengetua Smk.Tmn.Selesa Jaya 2 telah menerima watikah perlantikan bagi melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Kohort 5.0 bagi tahun 2020. Majlis penyerahan watikah ini telah disempurnakan oleh Cikgu Hj.Ishak bin Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.







Wednesday, 19 February 2020

AKTIVITI KELAB SPBT


LATIHAN CATUR MSSJ


PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA


Majlis pelancaran program ziarah cakna akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Hari: Khamis
Tarikh: 20.02.2020
Masa: 7.30pagi - 8.00pagi
Penglibatan: Semua warga sekolah 

Tuesday, 11 February 2020