"TRANSFORMASI MEMACU PENDIDIKAN HOLISTIK"
Monday, 16 March 2020
Monday, 9 March 2020
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2019
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar SPM 2019 di atas kecemerlangan dalam keputusan yang telah diumumkan.Tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat dalam mendidik dan mengajar pelajar dengan penuh kesabaran..
Sunday, 8 March 2020
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 pada:
Hari : Sabtu
Tarikh : 29/02/2020
Dirasmikan oleh : Cikgu Hj.Baba Bin Ismail
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Perancangan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
PENGLIBATAN SEKOLAH PERINGKAT DAERAH (MSSD)
Tahniah dan syabas kepada semua guru, staf, dan pelajar yang telah dipilih bagi melaksanakan tugas di peringkat daerah sebagai pengelola Ajk Hadiah Majlis Sukan Sekolah Daerah Johor Bahru kali ke 53 pada 24 Februari 2020 hingga 27 Februari 2020.
PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
Pada 23 Februari 2020, Cikgu Ahmad Bin Yusop Pengetua Smk.Tmn.Selesa Jaya 2 telah menyempurnakan watikah perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan ketika perhimpunan rasmi mingguan sekolah.
Friday, 21 February 2020
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
- Komitmen komuniti yang padu
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
Subscribe to:
Posts (Atom)





